I know, mesti ramai nak tau apa kesudahan/ending drama yang meletup Tentang Dhia ni . So I berjaya korek rahsia paling besar dan I already know the ending! Sedih wa cakap lu, tapi cerita Tentang Dhia ni berakhir dengan magis yang sangat menarik sehingga producernya telah berkerjasama dengan sorang doktor yang terkenal dengan product kurusnya! Jeng...Jeng....hah? Apa lagi, nak tahu kesudahan drama Tentang Dhia? Jom baca kat bawah ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setelah tersebarnya gambar dari twitter heroin drama Tentang Dhia iaitu Nora Danish, konon2 gambar di bawah ini adalah kesudahan nasib Dhia. Mati tapi still cantik walaupun dikapankan...khabarnya Dhia meninggal kerana Cancer 3rd Stage ...alahai..kesiannyaa...
TETAPI!!!!
Mengikut sumber2 dari angin2 sempoi2 bahasa, nampaknya kakak-kakak, ibu2, makcik2 dan especially abg2 yang ada taman dalam hati tapi muka gangster habis, sila sedut balik dalam2 airmata anda itu. Boleh lah simpan balik tissue 3posen yang telah beli kerana I dengan ini mengumumkan Dhia tidak mati yakni tidak meninggal dunia ataupun maut.
Anda semua patut berterima kasih kepada dr Rozmey kerana disaat2 Dhia hampir dimatikan, beliau telah berjaya mencipta JuciMerawat Kanser!
Ketika Dhia sedang dirawat di hospital besar, dr Rozmey telah datang melawat dan dengan berbesar hati mengsponsor 2 kotak 12 paket JuciMerawat Kanser yang telah terbukti mampu mengecutkan sel2 kanser dan juga memberikan pulangan lumayan kepada mereka2 yang nak cepat kaya.
Jadi diakhir cerita ini, Dhia telah berjaya sembuh dan kerana terlalu berterima kasih kepada dr Rozmey, beliau telah menjadi leader untuk product JuciMerawat Kanser itu. Dan kerana kekayaan dari hasil menjual JuciMerawat Kanser itulah kisah hidup Dhia berubah seribu darjah.
SEKIAN.
p/s: Hehe....jangan marah ye peminat2 Tentang Dhia mahupun Dr Rozmey, rayyan saja jer nak tulis2 main2, takda niat lain selain lawak buduss semata2. Peace no war and no saman2 k. :P
Muhahhaha, terbaik lah :))
ReplyDeletehahahha.... sekian...:P
ReplyDeleteserius..lawak
ReplyDeleteAna D: hehehe.... nasib baik awak gelak kalau tak adoyaiii...hahha... :P
ReplyDeletehaha.. tak tahu nak cakap apa.. over excited nak tahu kesudahan terus click cepat-cepat.. huhu
ReplyDeleteYou were not alone. haha
ReplyDelete