55 Tahun MYDIN MOHAMED
HOLDINGS BERHAD
Mulanya hanyalah sekadar menjual barang-barang permainan dan barangan keperluan di kaki-kaki lima dan pasar malam. Tuan Gulam Hussein, bapa kepada Tuan Mydin Mohamed pada ketika itu gigih mengusahakan perniagaannya di Pulau Pinang sekitar tahun 1940-an. Namun, perniagaannya musnah akibat tercetusnya Perang Dunia ke-2 .
Selepas tamatnya perang, Tuan Mydin bertekad untuk membangunkan semula perniagaan bapanya dengan membuka kedai pertamanya di Kota Bharu, Kelantan. Di sinilah bermulanya legasi perniagaan syarikat MYDIN, hasil daripada usaha yang gigih serta semangat juang yang tinggi yang dimilikinya.
Setelah 55 tahun penubuhannya, MYDIN kini berjaya memperkembangkan perniagaan dan memiliki sehingga 97 rangkaian perniagaan yang terdiri daripada 18 buah emporium, 8 buah pasar raya besar (hypermarket), 9 buah kedai serbaneka 24 jam (MyMart), 53 buah pasar mini (MyMydin), 6 buah francais (MydinMart) dan 3 buah bazaar.
PERASMIAN
HARI INI – PASAR RAYA BESAR YANG KE-8 DIBUKA
Hari ini, Pasar Raya Besar MYDIN Yang
Ke-lapan (8) di Malaysia berjaya dibuka selepas 2 bulan Pasar Raya Besar MYDIN Yang Ke-7 dibuka di
Kulai Jaya Johor pada hujung Disember yang lalu.
Hypermarket ini merupakan hypermarket
pertama MYDIN yang dibuka di negeri Kedah yang juga merupakan cawangan MYDIN ke-dua
(2) beroperasi setelah pembukaan MydinMart Alor Setar yang berkonsepkan
francais telah dibuka di Jalan Mahsuri, Alor Setar pada 21 Ogos 2001.
Majlis perasmian disempurnakan oleh
Tuan Mydin Mohamed, Pengasas dan Pengerusi Mydin Mohamed Holdings Berhad. Turut
mengiringi beliau ialah isterinya, Puan Rowshen, Tuan Haji Saduruddin, iaitu
adik beliau berserta isteri, Encik Azmin
Saduruddin, Pengurus MYDIN cawangan Utara, dan juga ahli lembaga pengarah yang
lain.
Dijangkakan juga pembukaan MYDIN di
sini akan memberi manfaat untuk penduduk dari Perlis, Pendang dan Jitra untuk datang
menikmati tawaran harga rendah & borong MYDIN seperti yang dirasai oleh
semua pelanggan sebelum ini.
Bangunan hypermarket
ini berkeluasan keseluruhannya sebanyak 104,000
kaki persegi, di mana 40,000 kaki persegi adalah merupakan keluasan pasar raya.
Manakala yang selebihnya adalah merupakan 22 buah lot kedai dengan berkeluasan antara
96 - 430 kaki persegi dan 18 buah lot bazaar yang berkeluasan 100 kaki persegi.
PROMOSI
KHAS ISTIMEWA – MYDIN BERKONGSI KEGEMBIRAAN
Sebagai tanda penghargaan kepada para
pelanggan yang menyokong MYDIN selama ini, MYDIN menawarkan promosi khas harga
istimewa sempena pembukaan hari ini. Antara barangan promosi istimewa tersebut
ialah:
Ayam
beserta kepala dan kaki 1kg : RM4.99
Bawang
merah besar 1kg : RM0.50
Kobis
Bulat 1kg : RM0.89
Beras
Super Tempatan 10kg : RM22.99
Dynamo
Cecair Pencuci 4.4kg : RM17.90
Sunlight
Pencuci Pinggan : RM3.70
MYDIN juga menyediakan sudut jualan
untuk makanan RTE “Ready To Eat” yang dijual dengan harga yang sangat rendah.
Ianya telah dipek untuk mudah dibawa dan boleh terus dimakan. Pelanggan yang
mempunyai bajet yang rendah untuk hidangan makanan boleh mencuba membeli di sudut
RTE ini.
JOM KE MYDIN! JOM SOKONG MYDIN!
Laman
Web : www.mydin.cim.my
Facebook : www.facebook.com/mydinmalaysia
Twitter : www.twitter.com/mydinmalaysia
rajinnye ko korek sejarah mydin!!
ReplyDeletehahahha....begitulah...susah payah pak cik tu bukak mydin rupanya kan!
ReplyDeleteaq selalu p kalau blk kampung gading
ReplyDelete